Idea anda. Data anda.
Ini cara kami menjaga maklumat yang anda kongsi.
Apa yang disimpan
Apabila anda mula, kami menyimpan jawapan dan kemajuan borang, termasuk brief yang belum selesai. Brief akhir, anggaran harga dan masa brief disalin juga disimpan. Kami tidak menyimpan lawatan halaman sebagai lead.
Maklumat hubungan sentiasa pilihan
Nama, email, nombor telefon dan Threads hanya disimpan apabila anda menghantar langkah contact / menjana brief. Anda boleh dapatkan hasil tanpa maklumat ini. Kebenaran untuk menghubungi anda tentang projek diminta secara berasingan.
Siapa yang boleh lihat
Pemilik alat ini, TRLABS, boleh menyemak jawapan dalam ruang yang dilindungi kata laluan untuk memahami keperluan projek. Tiada penghantaran kepada developer, langganan marketing atau penjualan data secara automatik.
Berapa lama disimpan
Draft yang tidak siap disimpan sehingga 90 hari tanpa aktiviti; brief lengkap sehingga 12 bulan tanpa aktiviti. Pemilik boleh memadam rekod lebih awal. Browser anda menyimpan salinan pemulihan sementara sehingga 7 hari, dan membuangnya selepas simpanan akhir berjaya.
Soalan atau permintaan pemadaman
Hubungi TRLABS, pemilik yang berkongsi alat ini, untuk bertanya atau meminta pemadaman rekod anda. [email protected]
Notis dikemas kini: 1 October 2026